Doa Hari Isnin & Zikrullah

~ Doa Hari Isnin & Zikrullah ~

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة السلام علي سيدنامحمدوعلي اله واصحابه اجمعين.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu n kasih sayangMu yg berkekalan dlm menjalankan tugas n kewajipan. Hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas n suka bertangguh-tangguh dlm menjalankan kewajipan.

Ya Allah, peliharalah kami n lindungilah kami dgn penuh ria'yah agar kami sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah kami taufiq n hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha utk kejayaan n kecemerlangan di dunia serta tekun n ta'at utk beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kami,n dosa kedua ibubapa kami, dosa suami/isteri dan anak2 kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.
#PTFJSB


Comments

Popular posts from this blog

DOA & ZIKIR HARI SELASA